
Sulit
4 tahun
3 bulan lepas saya ada melakukan hubungan seks dgn seorg pelacur tnpa menggunakan perlindungan. Dan sekarang saya mengalami gejala demam sudah hampir seminggu nmen
Saya berasa lesu dan mengantuk sepanjang masa disamping badan berasa panas seram seram sejuk. Adakah kebarangkalian saya mungkin terjangkit hiv setelah 3 bulan lepas terdedah dlm aktiviti berisiko

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, seks diluar perkahwinan adalah tidak digalakkan kerana anda tidak mengetahui status jangkitan Human Immunodeficiency Virus” (HIV) pada pasangan anda. Selain itu, ia juga meningkatkan risiko penyakit kelamin yang boleh menjejaskan kesihatan anda. Oleh itu, saya sarankan anda menjalani ujian HIV untuk mendapatkan diagnosis sebenar.
Untuk makluman anda, HIV merupakan sejenis virus yang menyerang sel-sel imun yang mempertahankan tubuh manusia daripada jangkitan. Risiko bagi penularan HIV melalui hubungan seksual kali pertama bagi pasangan yang kedua duanya negatif adalah tiada risiko walaupun tiada kondom digunakan.
Cara penyebaran HIV yang paling kerap adalah melalui hubungan seks tidak terlindung (seks melalui dubur atau faraj) perkongsian jarum atau peralatan suntikan dadah. Cara penyebaran HIV yang lebih kurang biasa adalah daripada ibu kepada anak ketika mengandung, melahirkan anak atau menyusukan anak.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih