
gamerz9988
4 tahun
3 Hari lepas demam tapi dah ok
Sekarang saya rasa masih Tak sihat tapi doc ckp dah sembuh. Sekarang suhu 37.0 rasa jugak bdn Panas.penglihatan seakan kabur2. Hati Tak tenteram Tak Tau sakit apa. Darah amek 2 Kali normal doc ckp. Sakit lain seperti simtom covid Tak Ada pula.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Suhu untuk menyatakan bahawa seseorang itu demam ialah lebih daripada 37.5 darjah celsius. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kabur mata anda boleh disebabkan oleh:
- Rabun jauh/rabun dekat
- Astigmatism
- Migrain
- Jangkitan mata
- Benda asing dalam mata
- Pendarahan dalam mata
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Oleh kerana anda telah menjalani ujian kesihatan dan ujian darah, anda digalakkan untuk bertanya doktor yang telah merawat anda untuk maklumat lebih lanjut. Hal ini kerana doktor tersebut mempunyai lebih pengetahuan tentang keadaan anda. Anda digalakkan untuk berehat. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.