
watiflala24
5 tahun
4bulan tak datang bulan tapi tak hamil
Saya wanita berumur 20tahun. Saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Saya nak tanye kenape ye sudah 4bulan saya tak datang haid. Saya ingat saya mengandung. Tapi perut saya tak membesar. Saya dan suami saya pun takde rase tanda2 yang saya mengandung. Semua normal. Tapi cume haid saya tak normal. Ni sudah masuk 4 bulan saya tak datang bulan. Saya risau. Adakah bende ni jenis penyakit ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan anda tidak datang haid selain kehamilan antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.