Sulit
4 tahun
5 bulan lepas bersalin dan Haid lepas bersalin tidak datang
Hi Doctor, saya baru 5 bulan lepas bersalin dan sedang ambil suntikan perancang. tetapi haid tak datang. apakah punca?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - penyakit-penyakit lain seperti gangguan tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
- gangguan hormon yang lain
Kelewatan haid yang diiringi dengan kelainan tubuh pula boleh disebabkan oleh kehamilan atau ibu yang masih menyusui anaknya, namun ia juga boleh berpunca dari gangguan organ wanita seperti:
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif seperti pil atau suntikan perancang kehamilan dan alat perancang kehamilan
- sindrom ovari polisistik (PCOS)
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

























