Sulit
5 tahun
5hari period lambat datang
Sy 29thun sebelum nie Ada ambil pil perancang noriday tapi period still Ada xpernah missed pun tp Bulan nie lewat 5hari…apa punca yea
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca haid lewat. Antaranya:
- kehamilan- anda disarankan untuk mengambil ujian kehamilan air kencing sekiranya haid lewat selama 2 minggu
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan-boleh menyebabkan lapisan endometrium terlalu sedikit lalu pendarahan haid boleh tidak berlaku. Ini adalah sesuatu yang normal berikutan penggunaan pil perancang.
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Anda juga boleh mendapatkan pendapat pakar wanita (Gynaecologist) kami yang arif tentang sistem reproduktif wanita dan masalah-masalah kesihatan yang boleh timbul di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

























