
Anonymous
5 tahun
7 hari lambat datang bulan
Saya dah seminggu lewat datang bulan tapi bila buat test belum positif…kalau pukul 3 pagi bangun buang air then pukul 8 pagi buat test…peluang untuk naik double line tuh x de atau saya memang tak pregnant…bila 4 hari lewat saya test tapi negatif

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, gejala haid lewat boleh disebabkan:
Kehamilan
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda boleh terus ke klinik untuk mengesahkan sama ada anda hamil atau tidak atau tunggu untuk beberapa hari dan ulangi ujian upt.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.