fauziahd84
6 tahun
Abnormal period / senggugut yang teruk
saya puan fauziah berumur 35thn…saya mengalami 2 kali period dalam bulan july ini…(dlm tempoh 1 week beza dr period pertama) dan period yang kali 2 itu, saya mengalami masalah senggugut yg teruk sehingga kaki sebelah kiri saya kejang. (fresh blood).
apa yang perlu saya lakukan? adakah perlu membuat pemeriksaan pap smear? sebab ketika mengandung anak 1 setahun lepas saya ade cecair cyst area rahim (doctor ckp tdk merbahaya sbb cyst berbentuk cecair dan akan hilang sendiri if period )
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, ujian pap smear adalah saringan untuk kanser serviks selepas aktif secara seksual sekurang-kurangnya setahun sekali. Oleh itu puan amat disarankan untuk menjalani pap smear.
Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- fibroid
- adenomyosis
- endometriosis
- kanser seperti kanser serviks dan kanser rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































