
aminnnn9898
5 tahun
Accurate atau not accurate
If kita buat ujian rapid test hiv after 1 tahun dari aktiviti risiko and result dia negative adakah itu accurate?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda telah melakukan hubungan dengan sesorang yang merupakan penghidap virus HIV, langkah terbaik adalah mendapatkan melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status HIV anda. Pemeriksaan rapid test adalah bersifat screening yaitu kualitatif (ya/tidak) yang mana pemeriksaan ini mempunyai kadar accuracy lebih 99%. Justeru, boleh dikatakan 99% orang dengan hasil rapid test (kualitatif) negatif, apabila dilakukan pemeriksaan lab kuantitatif, hasil mereka masih negatif.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang anda hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih