
Sulit
4 tahun
Ada bendalir putih keluar semasa saya urine.dan sakit Di hujung kepala zakar
Zakar saya mengeluarkan bendalir putih.semasa urine.serta sakit…ini Kali kedua…sy pernah mendapat rawatan ini…ia sembuh.and sekarang terjadi lagi…adakah saya terkena hiv.tolong saya…saya buntu…murung.pikirkan.saya ada buat seks sejenis… please doc saya buntu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang bendalir putih dari zakar.
Untuk makluman anda, bendalir putih dari zakar boleh berpunca daripada
- Jangkitan STI ( sexual transmitted infections )
- Jangkitan Syfilis yang menyebabkan Chancre
- Alahan kulit kelamin ( Contact dermatitis )
- Keradangan kulit ( Ekzema )
- Jangkitan kulat seperti Candidiasis
- Chancroid yang disebabkan oleh STI.
- Jangkitan kuman pada salur kencing yang merebak pada alat kelamin
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Saya menasihatkan anda untuk melakukan pemeriksaan lebih lanjut di klinik bagi mengetahui keadaan sebenar. Sila dapatkan juga rawatan daripada doktor kerana situasi sebegini boleh memberikan komplikasi yang serius.
Anda bimbang tentang Penyakit Kelamin / STD ?
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.