
Sulit
5 tahun
Ada Benjolan dalam miss v
Boleh sy tahu kenapa terasa seperti ada benjolan dalam miss v ketika sy mencuci kemaluan? (sy masukkan 1 jari utk mencuci). Sy juga dapat rasa seperti ada benjolan kecil/daging pd bhgian kanan miss v apabila sy masukkan 1 jari. Sy juga menderita penyakit vaginasimus. Adakah miss v sy tidak normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai gejala anda, sejarah kesihatan serta pemeriksaan lanjut yang perlu ditanyakan.
Akan tetapi saya sarankan untuk anda mengawasi dahulu masalah ini memandangkan ia tidak menyebabkan gejala lain. Sekiranya benjolan tersebut makin besar atau disertai dengan gejala lain, saya galakkan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.