
Sulit
5 tahun
Ada bonjolan seperti jerawat dan berwarna kuning di telur kemaluan lelaki
saya berumor 29…tidak selesa selalu terasa gatal di bgian tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, keterangan anda disini masih kurang lengkap. Sebaiknya anda menerangkan dan mengenal pasti gejala tambahan yang terkait seperti status sunat, hubungan seksual, frekuensi kencing, kemerahan, gatal dan sebagainya. Untuk makluman anda, masalah yang dihadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema
- Dermatitis seborrheic - sejenis keradangan bahagian kulit berambut
- Limfadenitis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.