Sulit
3 tahun
Ada ke rahim tinggi?
Hi. Sy nak tanya, sy ada pergi berurut dan tukang urut tu cakap rahim sy tinggi. Sy nak tanya boleh ke rahim tinggi? And apa perlu buat kalau rahim tinggi? Sy dah 7 bulan ttc. Period sy okay setiap bulan…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Tetapi saya kurang pasti dengan persoalan anda jadi sukar bagi pihak saya untuk memberikan kesimpulan yang sempurna dalam hal ini. Secara amnya, rahim boleh berada di kedudukan yang tinggi sedikit daripada normal, bermakna ia berkedudukan di antara abdomen dan pelvis. Tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa kemudaratan pada kesihatan.
Terdapat juga keadaan di mana kedudukan rahim berada di bahagian abdomen disebabkan pembesaran rahim dalam gejala seperti:
- Adenomyosis
- Fibroid rahim
Ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.