
ainazakaria727
4 tahun
Ada keluar darah warna coklat
Doktor?saya muzainah,sye dah masuk 2 bulan xdtg period last sye dtg period 30/4/2020,smpai 21/6/2020 sye msih xperiod doktor,tapi dalam 4-5 hari ni vagina sye ada kuar wrna coklat sye ingt period tapi x pun ,sb wrna coklat tu sikit2.tapi sebelum warna coklat tu keluar sye dh wt prgnnt test tpi ngatif doktor,apa tanda tu yea dktor,adakah sye dlm awal kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah spotting yang anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pendarahan implantasi kehamilan
Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Perimenopaus
Tisu endometrium
Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Selain itu juga, kebiasaannya, ujian kehamilan melalui air kencing (UPT) boleh mengesan kehamilan seawal 2 minggu. Sekiranya keputusan negatif selepas tempoh ini, berkemungkinan anda tidak hamil. Akan tetapi, terdapat situasi di mana keputusan menunjukkan negatif walaupun anda mengandung seperti:
Hormon terlalu rendah untuk dikesan
Kerosakan alat ujian kehamilan
Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya anda ragu-ragu, saya nasihatkan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi melakukan ujian lanjut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.