tina
4 tahun
Ada kencing manis, darah tinggi dan kolesterol
Hai doktor, saya ingin bertanyakan bagi pihak ayah saya. Dia ada kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tapi tak mahu jaga makan. Dia kata nak mati tu mati jugak. Macam mana saya nak tolong dia ni?
4 tahun
Hi! Terima kasih atas soalan anda. Diabetis boleh keluar dari kawalan jika anda:
1. tidak mengambil ubat diabetis seperti yang diarahkan
2. tidak mengikuti rancangan makan (seperti makan terlalu banyak atau tidak cukup makanan tanpa menyesuaikan ubat diabetis)
3. tiada senaman secara kerap
4. mempunyai penyakit atau terlalu banyak stress
5. tidak semak kadar gula dalam darah
Komplikasi jangka pendek termasuk:
1. Hypoglycaemia
2. Hyperglycaemia
3. Ketoacidosis diabetis
Komplikasi jangka masa panjang boleh dibahagikan kepada 2 kategori:
1. Macrovaskular - menjejaskan organ-organ besar seperti jantung
2. Microvascular - menjejaskan pembuluh darah dan saraf atau pelbagai organ dalam badan.
Contoh komplikasi ini termasuk:
1. Infeksi kulit
2. Kerosakan pada mata di mana ia akan hadir dengan penglihatan yang kurang baik atau dikesan semasa lawatan ke ahli optik.
3. Rasa sensasi cucuk-cucuk atau rasa mati sensasi di kaki (akibat kerosakan saraf). Kurang rasa ini juga boleh menyebabkan luka dan lebam yang tidak diingini berlaku kerana orang itu tidak menyedari luka itu. Selain kebas, kencing manis juga boleh menyebabkan penyembuhan luka yang lambat dan teruk dan ini akhirnya akan membawa kepada jangkitan. Ini juga boleh mengakibatkan ulser kaki diabetic dan amputasi
4. Mati pucuk
5. Masalah buah pinggang
6. Serangan jantung (diabetis meningkatkan risiko serangan jantung)
Terdapat beberapa cara untuk mengatasinya:
1. Berhenti merokok
2. Makan makanan yang bersih dan mesra diabetis
3. Bersenam
4. Kurangkan berat badan
5. Hadkan alkohol
6. Ambil ubat atau insulin menngikut waktu yang ditetapkan
7. Kerap melakukan pemeriksaan diri untuk luka-luka yang tiday disedari
8. Jangan letak tekanan atas luka-luka yang ada
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan sebagai orang yang dikasihi untuk membantu:
1. Jangan meleter
2. Ketahui damn baca tentang penyakit ini.
3. Galakkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Jadikan ia satu usaha pasukan. Diagnosa diabetis adalah satu peluang untuk seluruh ahli keluarga memulakan tabiat yang sihat. Dapatkan semua orang untuk makan dengan makanan berkhasiat, berhenti merokok, dan terus aktif.
4. Bincang secara terbuka mengenai sebarang masalah seperti komplikasi.
5. Menghadiri kumpulan sokongan diabetis dengan mereka.
6. Tawar untuk ikut menghadiri temujanji doktor.
7. Perhatikan kadar gula darah mereka
8. Jadilah positif.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.