
Sulit
5 tahun
Ada luka dia area kelamin (buah zakar/scorotum)
Saya lelaki berumur 30 tahun. Dua minggu lepas, saya ada melakukan hubungan seksual tapi menggunakan kondom. Ada luka seperti rekahan pada area buah zakar/scorotum yang gatal dan pedih apabila terkena air ataupun jika terkena geseran seluar dalam. Masih belum sembuh sehingga ke harini. Ubat apa yang saya patit sapu doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kekurangan pelincir semasa hubungan intim.
- Kulit anda yang terlalu kering.
- Hubungan intim yang terlalu agresif dan menyebabkan geseran yang banyak.
Anda disarankan memakai seluar dan seluar dalam yang lebih longgar, dan sentiasa menjaga kebersihan luka ini. Jangan memakai seluar anda sekali ia belum kering selepas mandi.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.