
ainol0802
3 tahun
Ada pcos dan upt samar2 adakah hamil?
helo doc … sya berumur 26 tahun telah berkhawin 2 tahun dan masih ttc … sya dh disahkan ada pcos … 2 bulan lepas sya pernah check upt dan double line tapi samar … sya telah buat double check dengan doc … tapi masih sama line samar dan doc cakap mgkin false +ve atau betul +ve … after 2 weeks sya period dan sampai skrg masih belum period … 2 minggu lepas sya pernah gune opk check kesuburan dan sya jumpa waktu subur sya tapi hanya 1 hari saja … dan start 4 july hingga harini sya ada check upt dan ianya double tapi terlalu samar … adakah upt +ve atau sebaliknya ye doc ??? terima kasih …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mempunyai penyakit PCOS dan sedang cuba untuk hamil. Anda mengambil ujian UPT dan keputusannya menunjukkan 2garisan tetapi samar. Anda ingin mengetahui sekiranya ujiannya positif atau tidak. Kami akan cuba membantu anda.
Secara amnya, ujian UPT menunjukkan keputusan positif sekiranya terdapat 2 garisan, walaupun jika garisan tersebut samar. Namun terdapat beberapa perkara yang boleh menunjukkan false positive ujian UPT seperti :
- Cara penggunaan ujian UPT yang salah
- Kit ujian rosak atau telah mati tarikh luput
- Penggunaan ubat untuk kesuburan
- Masalah kesihatan lain seperti UTI, Sista ovari, masalah pituitary
Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya ujian tambahan seperti ujian darah dapat dijalankan untuk mengesahkan kehamilan.
Anda boleh menghubungi pakar ibu dan anak kami secara atas talian sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ibu dan anak.