
Sulit
5 tahun
Ada rasa tersekat di tekak dan tosil kiri kembali bernanah
Hi
Tonsil sebelah kiri seperti mengeluarkan cecair putih dan mengeras sebulan yang lepas. Saya ada berjumpa doktor untuk kepastian dan mereka memberikan antibiotik untuk saya habiskan.
Cecair itu tidak keluar untuk beberapa ketika dan minggu lepas perkara itu berulang kembali. Saya juga merasakan ada sesuatu di tekak apabila menelan air liur. Apa yang patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- radang tonsil
- jangkitan kuman pada tonsil
- ketumbuhan di tekak
- abses/ nanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.