
Sulit
5 tahun
Ada rekahan pada alat sulit
Saya lelaki berusia 42 tahun, masalah saya adalah pada alat sulit ni ada kesan rekahan pada kulit selepas dari kepala takuk tu ada kulit lembut. Rekahan nya kecil seperti garis kecil bila kena air ia akan pedih, apa masalah saya ya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, keterangan anda disini masih kurang lengkap. Sebaiknya anda menerangkan dan mengenal pasti gejala tambahan yang terkait seperti status sunat, hubungan seksual, frekuensi kencing, status hidrasi, kemerahan, gatal dan sebagainya. Untuk makluman anda, rekahan pada kulit zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema
- Psoriasis penyakit kulit autoimun yang boleh mengenai seluruh badan
- Balanitis xerotica obliterans ( lichen sclerosus ) penyakit kulit yang terkait penyakit autoimun lain yang khas di zakar
- Balanitis candidiasis keradangan kulit akibat jangkitan kulat
- Balanitis Circinate (seperti yang berlaku pada pesakit dengan penyakit Reiter )
- Balanitis Zoon: keradangan kepala zakar pada lelaki berusia
- Kanser penis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.