
Sulit
3 tahun
Ada tanda2 datang haid tetapi tak keluar darah
Saya wanita 30an belum berkahwin setiap kali waktu datang period akan ada tanda2 mahu datang tetapi pelik darah tak kluar malah yang keluar keputihan sedikit bila tanda2 tersebut hilang dengan tiba2 keluar darah tetapi bermula sedikit darah selepas seminggu akan keluar banyak. Setiap bulan 3minggu saya period.
rasanya apa masalah ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini adalah biasa, sesetengah wanita akan keluar keputihan sebelum datang haid, biasanya dalam 10 hari, ia disebabkan oleh proses ovulasi, bukan penyakit.
Selain itu, sekiranya haid anda datang setiap bulan, berdarah biasa, tidak mengotorkan pakaian, tidak menggumpal, tidak berbau, serta tidak bergejala seperti pening, kelesuan dan kelemahan, ia adalah biasa.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.