
Sulit
4 tahun
Adakah bekam boleh menyebabkan hiv?
hai doktor, saya dapat tahu kawan baik saya zaman sekolah rendah positif HIV… dia lelaki… disebabkan terlalu penat berkerja, dia suka pergi bekam di downtown & mana2 pusat bekam… bulan 3/2019 sy dapat tahu dia positif HIV tetapi dia tak tahu macam mana nak berdepan dengan keluarga… soalan saya boleh kah virus HIV berjangkit menerusi kaedah bekam? atau hanya dgn SEX bebas?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang cara penyebaran HIV. Untuk makluman anda, kebanyakan orang mendapat jangkitan HIV melalui aktiviti seksual dan penggunaan jarum seperti jarum suntik.
Jangkitan HIV boleh merebak hanya melalui cecair badan tertentu seperti darah, air mani, cecair pra-mani atau lebih dikenali sebagai air mazi, cecair rektum, cecair faraj, dan susu ibu. Cecair ini mesti bersentuhan dengan lapisan mukosa atau tisu yang rosak atau disuntik terus ke dalam aliran darah (daripada jarum atau jarum suntikan) untuk penyebaran virus HIV berlaku. Lapisan mukosa terdapat di dalam rektum, faraj, zakar, dan mulut.
Bagi isu bekam pula, ada sesetengah ahli bekam yang sentiasa menggunakan jarum ataupun peralatan yang sama untuk membuat prosedur bekam. Ini boleh menyebabkan virus HIV melekat pada peralatan yang digunakan dan berpindah kepada manusia yang lain apabila prosedur bekam dibuat menggunakan alatan yang sama. Oleh itu, ia bergantung kepada cara atau kaedah yang digunakan.
Semoga jawapan ini menjawab persoalan yang berada di minda anda. Namun, jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih