
ummyshuhada1990
3 tahun
Adakah benjolan menjadi punca kebas kaki
Hi! Sy umi berumur 31 tahun. Sy mempunyai benjolan seakan cyst pada bahagian inguinal sebelah kaki kanan selama 6 tahun dan ia membesar secara perlahan sehingga kini berukuran 1x1cm. Tidak sakit dan bulat. Sejak seminggu kebelakangan ni kaki kanan saya kebas2 dan kejang terutama semasa berjalan.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami
Berdasarkan kenyataan anda, anda ingin mengetahui sekiranya benjolan yang anda alami itu menyebabkan kebas kaki kanan terutama semasa berjalan. Anda juga telah mengambarkan benjolan seakan cyst berukuran 1x1cm, berbentuk bulat, tidak sakit dan membesar secara perlahan selama 6 tahun. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala seperti yang dinyatakan itu boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- pembengkakan saluran limfa
- penumpukan tisu lemak (lipoma)
Namun begitu, gejala yang dinyatakan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- angin pasang (inguinal hernia)
- ketumbuhan jinak atau ganas
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.