
Sulit
5 tahun
Adakah berat badan saya akan yerus menurun disebabkan HIV?
Saya menghidap HIV 8 bulan yang lalu, saya dapati berat badan saya menurun , adakah penurunan berat badan saya akan berlarutan atau adakah saya boleh tambah berat badn tanpa sebarang halangan?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, berat badan boleh dipengaruhi oleh faktor:
- Jumlah makanan yang diambil
- Kesihatan saluran pencernaan untuk menyerap nutrisi daripada makanan
- Tahap kesihatan badan anda secara keseluruhan (jika anda mempunyai penyakit sampingan daripada jangkitan HIV, berkemungkinan yang berat badan anda akan menurun)
- Kekerapan badan anda bersenam (badan yang aktif akan sedang menurun berat badan kerana kadar metabolisma yang tinggi)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.