
Sulit
4 tahun
Adakah berjangkiti hiv jika test baju di pasaraya atau beli on9
Klu kita pergi pasaraya atau beli on9 dan test baju atau seluar bolehkah kita dijagkiti hiv…biasa ramai akan test baju atau seluar. kita x tahu berapa ramai dah pakai seluar atau baju tersebut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Kami memahami kebimbangan anda tentang penyakit HIV dan cara penularannya. Untuk makluman anda, kebanyakan orang mendapat jangkitan HIV melalui aktiviti seksual dan penggunaan jarum seperti jarum suntik. Jangkitan HIV tidak boleh merebak dalam air liur, air mata, air kencing dan peluh. Oleh yang demikian, jangkitan itu tidak menular dalam situasi sebegitu.
Jangkitan HIV boleh merebak hanya melalui cecair badan tertentu seperti darah, air mani, cecair pra-mani atau lebih dikenali sebagai air mazi, cecair rektum, cecair faraj, dan susu ibu. Cecair ini mesti bersentuhan dengan lapisan mukosa atau tisu yang rosak atau disuntik terus ke dalam aliran darah (daripada jarum atau jarum suntikan) untuk penyebaran virus HIV berlaku. Lapisan mukosa terdapat di dalam rektum, faraj, zakar, dan mulut.
Virus HIV tidak dapat bertahan lama di luar tubuh manusia. Virus tersebut akan mati dengan cepat apabila cecair badan kering. Selain itu, virus HIV juga tidak disebarkan oleh haiwan atau serangga. Anda tidak akan dijangkiti virus HIV jika tersentuh sebarang permukaan awam seperti tombol pintu, pakaian atau kerusi tandas.
Tambahan pula, virus HIV boleh juga disebarkan daripada ibu kepada anak daripada ibu mengandung, melahirkan anak atau semasa menyusu. Risiko untuk anak dijangkiti HIV daripada ibu adalah lebih tinggi jikalau ibu sudahpun menghidapi HIV serta tidak menerima sebarang rawatan HIV. Para doktor menasihati semua wanita hamil untuk menjalani ujian darah supaya risiko dijangkiti HIV dapat dikurangkan dan secara tidak langsung bilangan bayi yang dilahirkan dengan HIV dapat dikurangkan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih