Anonymous
4 tahun
Adakah berkemungkinan saya dijangkiti hiv kerana menjilat kemaluan seorang pekerja seks
Salam sejahtera doktor,saya baru sahaja melakukan tersebut semalam,bagaimanakah saya dapat mengetahui jika saya positif hiv seawal seminggu dan dimanakah tempat untuk melakukan ujian tersebut.
Umur saya baru 18,adakah masih ada harapan untuk saya sembuh sepenuhnya virus ini dan hidup seperti normal semula
Akhir sekali,bilakah kemungkinan saintis dpt menjumpai vaksin bagi penyakit ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, HIV akan tersebar melalui pertukaran cecair badan iaitu darah, semen atau cecair faraj. Jika anda pasti memakai kondom dan tiada pertukaran cecair badan, maka kurang risiko penyebaran HIV. Walaubagaimanapun, anda dinasihati untuk menjalani ujian saringan HIV sekurang kurangnya 3-6 bulan (window period).
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih