
Sulit
3 tahun
Adakah boleh hamil jika terlewat makan pil kedua melebihi 12jam?
Sy berumur 28, sy telah mengambil pil pertama dlm 24jam selepas bersama. Tp trlewat utk mengambil pil kedua seleps 12 jam. Adakah boleh hamil jika trlewat mengambil pil postinor yg kedua?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, biasanya postinor dapat memberikan kesan perancang sebanyak 85peratus, digalakkan ambil sebelum 48 jam dan biji yang kedua dalam jangka 12 jam selepas pil pertama. Sekiranya anda memathui cara pengambilan ubat ini, perlindungan dari kehamilan adalah tinggi.
Sekiranya haid anda lewat 2 minggu atau lebih dari tarikh sepatutnya, anda boleh melakukan ujian kehamilan seperti UPT untuk kenal pastikan status hamilan anda. Anda juga boleh merujukkan masalah ini kepada doktor sakit puan untuk dapatkan nasihat lanjut serta membantu anda.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.