
Sulit
3 tahun
Adakah boleh mengandung sekiranya tidak bersetubuh?
Saya wanita 20an telah melakukan hubungan bersama pasangan. Pasangan saya tak masukkan zakar ke dalam faraj saya. Dan kami lakukan hubungan secara berlapik dengan bergesel untuk puaskan nafsu saya (dia memakai seluar pendek + pakaian dalam dan saya tak ). Saya dapati saya melepasi tarikh haid saya selama 3 hari. Persoalan saya, adakah saya mengandung ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami persoalan anda mengenai kemungkinan untuk berlaku kehamilan jika tidak memasukkan zakar di dalam kemaluan wanita.
Berdasarkan keterangan anda, kemungkinan untuk mengandung tiada kerana berlapik dan memakai seluar.
Untuk mendapatkan kepastian tentang kehamilan, ujian kehamilan boleh dilakukan selepas 2 minggu lewat datang haid.
Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan seks yang selamat dan dengan perlindungan bagi mengelakkan jangkitan serta kehamilan yang tidk diinginkan.
Untuk pengetahuan anda, selain hamill , gejala haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
Ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor seperti
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi