
Sulit
4 tahun
Adakah darah haid atau darah isitihadah
Selamat pagi doktor. Saya mahu bertanya bagaimana mahu membezakan darah haid dan darah isitihadah?
Saya mengalami darah period selama 27 hari. Saya sudah pergi klinik. Doktor menyatakan yang saya mengalami masalah ini di sebabkan hormon atas faktor stress dan penat. Selepas makan ubatt darah berhenti. Tapi selepas dua hari (harini) darah keluar balik. Adakah itu dikira haid atau darah isitihadah. Saya masih keliru. Ikutkan pada aplikasi period saya. Saya start period harini

4 tahun
Salam sejahtera. Masalah haid tidak teratur adalah masalah yang kerap berlaku di kalangan wanita. Kitaran haid anda dianggap tidak teratur sekiranya tempoh kitaran, jumlah pendarahan atau kadar aliran anda selalu berbeza.
Terdapat pelbagai sebab bagi kitaran haid yang tidak teratur seperti:
- Ketidakseimbangan hormon akibat perubahan kepada badan seperti kehamilan, menopaus dan akil baligh.
- Kontraseptif seperti pil kontraseptif atau kontraseptif intrauterin.
- Stres akibat tekanan emosi, anoreksia, bulimia, perubahan berat badan yang melampau atau senaman yang berlebihan.
- Penyakit-penyakit seperti gangguan hormon tiroid, sindrom ovari polisistik (PCOS), endometriosis, fibroid rahim dan kanser organ-organ reproduktif.
- Ubatan seperti antidepresan, kemoterapi, antiepileptik, penipis darah dan ubat tiroid.
Kenyataan anda adalah betul bahawa ia adalah sukar untuk membezakan antara haid dengan pendarahan akibat penyakit (istihadah). Pendarahan akibat istihadah mempunyai pelbagai sebab seperti:
- Keguguran anak
- Penyakit pangkal rahim: “cervical ectropion,” “cervical erosion,” kanser pangkal rahim atau ketumbuhan polip
- Kanser rahim dan endometrium: Ini lebih banyak berlaku selepas menopaus dan wanita yang lebih dari 50 tahun
Oleh itu, anda patut mengunjungi doktor supaya boleh diperiksa dengan teliti untuk mengenalpasti sebab masalah anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda boleh juga mendapatkan pendapat doktor pakar sakit puan (Gynaecologist) melalui link ini (specialist booking). Seorang pakar sakit puan arif dalam bidang berkenaan sistem reproduktif wanita dan masal-masalah yang boleh timbul dan kesihatan seksual wanita. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.