
Sulit
4 tahun
Adakah HCG saya masih lemah menyebabkan UPT negatif
Salam Sejahtera Doktor.
Saya wanita berusia 27 tahun dan sudah berkahwin. Period saya minggu depan. Pada 10/4/21-12/4/21 ada titisan coklat dan merah muda. Jadi saya ingat saya period, tetapi lepas hari ketiga dah stop. Dan pada 15/4/21 saya terasa macam sakit pinggang dan sengal pada punggung.16/4/21 saya bangun sahur memang tak lalu nak makan dan rasa mual. Pagi ini 17/4/21 terjadi hal yang sama, bila bau makanan rasa nak muntah. Jadi saya decide untuk buat pregncy test. Ujian air kencing saya pada pukul 5.30 pagi tapi hasil nya negatif.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Antara simptom utama kehamilan adalah haid lewat. Kami sarankan anda untuk melakukan ujian kehamilan dalam sekitar 2 minggu selepas tidak datang haid untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat. UPT merupakan cara terbaik untuk menentukan sama ada anda mengandung ataupun tidak sebelum berjumpa dengan doktor.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Walaupun begitu, terdapat beberapa sebab mengapa anda boleh hamil namun UPT negatif ataupun mempunyai keputusan UPT samar-samar atau negatif:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar: dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim): Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
- kehamilan bermasalah seperti kandungan anggur ataupun dikenali sebagai molar pregnancy
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk pencerahan yang lebih jelas. Terima kasih.