
Syida
6 tahun
Adakah herpes type 1 merbahaya?
Sy di diagnose sbg pesakit herpes type 1…adakah ia merbahaya

6 tahun
Hi dan salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Herpes berpunca daripada jangkitan herpes simplex virus (HSV) jenis 1 ataupun 2. Bergantung kepada jenis virus, kebiasannya lokasi jangkitan akan berbeza. Seperti anda, herpes jenis 1 kebanyakannya hanya akan mengakibatkan luka atau lepuh di bahagian mulut manakala bagi pesakit herpes jenis 2, bahagian di sekitar atau pada kemaluan akan terlibat. Walaupun begitu, terdapat juga peratusan kecil di mana penghidap herpes jenis 1 mempunyai masalah pada bahagian alat kelamin juga namun ianya jarang berlaku.
Situasi yang dialami anda sebenarnya bukan sesuatu yang tidak biasa berlaku. Jangkitan virus ini terjadi melalui sentuhan terus kulit, ciuman, perkongsian sudu, pinggan dan garfu serta perkongsian alatan mandi dengan orang yang telah dijangkiti oleh virus ini sebelumnya.
Perkara penting yang anda perlu ketahui adalah virus ini akan berada di dalam tubuh badan anda pada tempoh yang lama. Walaupun luka dan lepuh sudah hilang, ia akan kekal dorman di dalam sel saraf anda dan sekiranya anda jatuh sakit atau demam, ia akan kembali aktif.
Anda disarankan agar berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan bagi masalah ini.