
amshuk.zb
5 tahun
Adakah ia perkara biasa?
Adakah gejala ini memang swring berlaku mungkin atas faktor cuaca atau obesiti? Saya merasekan jantung agak laju kepale mencengkam dengan telinge agak berdengung saye mule resah maka saye berpeluh. Kaki akan berase seakan kebas2. Apa perlu saya lakukan untuk mengurangkannye kerana ia agak menganggu rutin hrian saye apabila ia semakin kerap berlaku

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah jantung laju, resah beserta peluh dan kaki seakan kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ritma jantung
- Masalah hormon tiroid
- Masalah Anemia (kurang darah)
- Masalah anxiety
- Demam - degupan jantung lebih laju ketika tidak sihat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana ini mungkin melibatkan kesihatan jantung anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.