
Sulit
5 tahun
Adakah ini antara simptom codvic19?
Salam doktor, saya lelaki berumur 22 thun, 3-4 harini bahagian tekak saya berasa tidak selesa(rasa macam cepat kering) dan menyebabkan saya terasa nak terbatuk. Saya juga kadang kadang terasa ada yg menekan di bahagian dada saya tapi pernafasan saya okay dan juga kebelakangan ini saya kerap buang air besar(cair) dan saya selalu berasa sejuk(macam kaki dan tangan saya terasa sejuk) tapi saya tidak demam. Adakah ini simptom kepada codvic19 atau penyakit lain?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, cirit birit dan dada yang sakit seperti ditekan boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan lain selain COVId-19. Antaranya:
- keracunan makanan
- gastrik
- inflammatory bowel disease
- asma
- anemia
- pedih ulu hati
Keperluan ujian adalah bergantung kepada risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini