Sulit
5 tahun
Adakah ini simptom2 covid
Sy seorang wanita bujang berusia 26 thn…rakan sekerja sy sebaya dgn sy baru2 ni ada menghadiri kenduri dan saudaranya telah dijangkiti postive covid . Skrg beliau dan ahli kluarga dikuarantin di rumah dan result test belum keluar dan apa merisaukan sy rakan sy selepas pulang dri kenduri beliau telah ke ofis selama seminggu. Dan skrg genap 2 minggu dri tarikh berkenaan . Sy tak alami sbrg simptom apa cuma sehari dua ni terasa tak sedap badan ja tp tidak lah demam dan sebgainya . Menurut doktor bagaimna? Adakah faktor sy sakit2 badan adlh sbbkan waktu tidur sy yg terlebih mencukupi atau ada kaitan dgn covid .?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda berkait rapat dengan wabak COVID-19.
Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Gejala sakit badan tanpa demam, batuk dan lain tidak begitu menunjukkan COVID-19. Namun, sebagai langkah berjaga, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda boleh berjumpa doktor berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan sekiranya anda berisiko rendah untuk jangkitan COVID-19 setelah melakukan kuiz di atas.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.





































