marekanfarish
4 tahun
Adakah ini tanda awal kehamilan ? sila bantu saya
hi doktor , baru-baru ini saya mngalami pendarah tetapi pada hari pertama hanya sedikit sahaja darah yg keluar tetapi pada hari ledua dan ketiga darah datang secara normal bnyk tetapi ianya tidak berketul seperti selalu . saya juga kerap lesu dan sakit kepala . adakah ini petanda awal kehamilan ?
4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Bagi mengenalpasti kondisi rahim anda, anda boleh memilih untuk berjumpa doktor atau melakukan sendiri ujian kehamilan UPT dengan cara yang betul buat masa ini.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan negatif walaupun anda mengandung.
Antara tanda dan gejala awal kehamilan termasuk:
- Haid terlambat
- Mual, muntah & mengidam
- Cepat letih & mengantuk
- Sakit atau pening kepala
- Lebih kerap buang air kecil
- Cairan keluar dari kelamin
- Suhu tubuh meningkat
- Kejang perut
- Sering berdebar
Yang pasti, haid (yang berlaku seperti kebiasannya) merupakan salah satu tanda yang jelas tidak terjadi kehamilan, namun berdasarkan jalan cerita anda ia juga boleh menjadi salah satu tanda seperti:
- keguguran
- gangguan pendarahan tubuh
- penyakit yang memerlukan rawatan susulan (i.e. PCOS, fibroid, dll.)
- penebalan atau polip pada lapisan rahim.
Justeru, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Dalam pada waktu yang sama, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.





























