
Rizal
6 tahun
Adakah keputusan HIV saya betul2 positif?
Salam…saya ada beli hiv test kit dan keputusan menunjukkan positif. adakah ianya betul2 positif atau bagaiamana…

6 tahun
Salam sejahtera.
Test kit HIV biasanya hanya boleh dibeli dari pihak-pihak bertauliah seperti klinik dan farmasi sahaja. Selain itu, anda harus patuh kepada peraturan penggunaan test kit tersebut. Jika anda tidak menggunakan test kit tersebut dengan betul, maka keputusan ujian tersebut adalah tidak tepat.
HIV merupakan sejenis virus berbahaya yang melemahkan sistem pertahanan badan kita. HIV merebak melalui cecair badan seperti darah, lendir faraj, air mani dan susu ibu. Justeru itu, HIV sering merebak melalui hubungan seks tanpa perlindungan, perkongsian jarum sesama penagih dadah, penyusuan anak atau semasa kelahiran anak. Golongan yang mengamalkan perbuatan berisiko tinggi seperti penagih dadah dan pengamal hubungan seks bebas mempunyai risiko tinggi untuk menghidap jangkitan HIV.
Jika anda menggunakan test kit HIV itu dengan cara yang tepat dan keputusannya adalah positif, maka anda berkemungkinan besar adalah positif untuk jangkitan HIV. Namun demikian, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor tanpa mengambil kira keputusan ujian tersebut. Doktor akan menjalankan ujian HIV sekali lagi untuk anda. Selain ujian HIV, doktor juga boleh menjalankan ujian untuk mengesan jangkitan kelamin yang lain.