
Aqil
6 tahun
Adakah keputusan test kit HIV boleh diyakini?
Saya pernah mnggunakan test kit HIV dan keputusannya negative tapi saya kadang kala mengalami kegatalan badan membuatkan saya risau adakah keputusan test kit itu meragukan

6 tahun
Salam sejahtera.
Sebelum saya bermula, saya ingin tahu apakan test kit HIV yang telah anda guna? Pernahkan anda berjumpa dengan doktor untuk menguji untuk jangkitan HIV? Ujian HIV biasanya merupakan ujian yang memerlukan sampel darah. Jika anda menggunakan ujian dari pihak yang tidak bertauliah, maka keputusan ujian tersebut adalah kurang tepat. Anda digalakkan untuk mendapatkan ujian HIV dari doktor yang bertauliah sahaja.
Terdapat pelbagai jenis punca yang boleh menyebabkan kegatalan badan selain jangkitan HIV. Antaranya punca-punca tersebut termasuk penyakit kulit seperti ekzema atau kudis buta, alergi, penyakit buah pinggang dan penyakit hati. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bertauliah untuk menguji jangkitan HIV supaya rawatan terbaik boleh diberi dengan awal sekiranya anda disahkan menghidap jangkitan HIV. Untuk masa sekarang, tiada ubat yang boleh menyembuhkan jangkitan HIV. Oleh itu, pencegahan jangkitan HIV adalah sangat penting. Hindarkan hubungan seks bebas dan penggunaan dadah. Penggunaan kondom adalah sangat digalakkan. Amalkan gaya hidup yang sihat.