
Sulit
4 tahun
Adakah kesan sampingaan pil oralcon
Hai doctor… dalam tempoh 5tahun dari 2016-2020 sy telah mengandung 4 kali … yang terakhir baby baru umur 5bln… Dan semalam sy baru mula makan pli perancang oralcon pada jam 10mlm… Dari subuh hari ni sy dah mula pening kepala…lepas sarapan sy muntah ape yg sy makan tu… Skg 1ptg mmg sy rase sakit kepala sangat2 … Patut ke sy teruskan pil ini? Dah perlu ke sy pergi klinik?? Ataupun semua ni mmg normal?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pil perancang keluarga boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Kesan-kesan sampingan pil perancang keluarga adalah jarang. Contoh kesan-kesan sampingan adalah loya, muntah, pening, kembung perut, sakit kepala, sakit payu dara dan emosi yang kurang stabilSalah satu kesan sampingan yang agak biasa untuk 3 bulan pertama adalah perdarahan haid yang tidak teratur atau haid yang datang sebelum masa yang ditetapkan.
Selain daripada pil perancang, masalah anda boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Saya sarankan anda untuk pergi ke klinik berdekatan untuk mengetahui punca masalah anda dan mendapatkan kesimpulan dan rawatan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.