
Sulit
4 tahun
Adakah kurap tanda tanda awal HIV?
Adakah kurap salah satu simptom HIV?dan bolehkan ubat sapu yang mempunyai dow yang terlampau kuat akan memberi kesan alergik/ ruam pada badan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Kurap, atau ringworm, merupakan salah satu penyakit kulit yang paling biasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia disebabkan oleh jangkitan kulat yang dikenali sebagai dermatophytes. Terdapat 3 jenis dermatophyte yang boleh menyebabkan kurap iaitu Tricophyton, Epidermophyton dan Microsporum. Kurap biasanya berjangkit melalui sentuhan.
Kulit yang berkurap biasanya mempunyai plak merah yang bersisik. Plak kurap yang tidak dirawat boleh membesar dan membentuk gelang merah di sekelilingnya. Kurap sering menjangkiti kulit badan yang selalui berpeluh seperti di peha, punggung, perut, belakang dan kaki. Kulit yang berkurap boleh menyebabkan kegatalan yang serius. Kulit gatal yang selalu digaru akan pecah dan terdedah kepada jangkitan kuman yang lain.
Kurap biasanya dirawat dengan penggunaan ubat sapu antikulat atau antifungal. Ubatan sapu hanya digunakan untuk kurap yang melibatkan bahagian kulit yang terhad sahaja. Terdapat beberapa jenis bahan yang boleh digunakan untuk merawat kurap seperti imidazole, clotrimazole dan cicloprox.
Untuk mencegah kurap, elakkan bahagian kulit yang lembap. Tukar pakaian dengan kerap jika berpeluh dan mandikan badan dengan bersih. Elakkan berkongsi barang dengan orang yang berkurap. Jika anda telah menerima rawatan untuk kurap, pastikan anda menggunakan krim atau ubat tersebut seperti yang telah disyorkan oleh doktor.
Jangkitan HIV sering menyebabkan tanda-tanda yang tidak spesifik seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak, ruam, sakit sendi, bengkak kelenjar limfa, sakit sendi dan mudah letih. Anda boleh terkena alergik kepada ubat walaupun dosnya rendah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.