
syahmim761
4 tahun
Adakah melakukan seks dengan kanak kanak boleh dijangkiti HIV?
adakah seorang remaja lelaki melakukan seks bersama kanak kanak lelaki mahupun perempuan yang lain boleh menghidapi HIV ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memandang serius dan sangat bertegas bahawa hubungan seksual yang melibatkan kanak kanak adalah dilarang dan jika disabit kesalahan dalam undang undang di Malaysia boleh dijatuhkan hukuman.
Oleh itu sekiranya pihak anda kenal sesiapa yang terlibat dalam melakukan hubungan seksual dengan kanak kanak harus melaporkan kepada pihak berkuasa serta merta.
Anda boleh menghubungi Talian Nur pada 15999 ATAU menhubungi pihak polis dengan dial 999 untuk membantu mangsa.
Untuk maklumat anda, HIV ialah virus yang boleh menyebabkan ketahanan daya imuniti badan menjadi rendah. Setakat ini, tiada lagi penawar HIV yang boleh dijumpai. Jangkitan HIV boleh merebak dengan melakukan hubungan seksual tanpa kondom. Risiko jangkitan HIV juga meningkat apabila seseorang itu melakukan hubungan seksual dengan lebih dari seorang.
Berdasarkan maklumat yang diberikan, kami tidak boleh membuat spekulasi tentang risiko HIV pada kanak kanak atau remaja yang terlibat dalam hal ini tanpa maklumat lebih lanjut.
Jika anda kenal dan mampu membawa kanak kanak atau remaja yang terlibat, anda disarankan untuk pergi ke klinik ataupun hospital supaya boleh dirawati oleh doktor dan mendapatkan perlindungan pihak berkuasa.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana bagi mendapatkan perlindungan dan rawatan kepada kanak kanak yang terlibat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.