Nurhuda

5 tahun

Adakah minyak kelapa dara ini boleh membantu saya merawat herpes dan HPV?

Salam doctor, Tahun lepas saya disahkan menghidap penyakit genetial herpes. Saya selalu breakout trutamanya bahagian genetial, saya telah membaca beberapa pengalaman pesakit yang menghidapi penyakit yg sama. Apa yang telah saya baca ialah minyak kelapa dara dapat menghapuskan herpesvirus dalam badan seseorang dalam jangka masa panjang jika mengamalkan dengan consisten. Jadi saya pun mengamalkan minyak kelapa dara dan syukur skrg sy tidak mengalami breakout lagi sbb sebelum ni sy kerap mengalaminya sehinggakan ubat tak jauh dari tangan. Tahun ni pula saya disahkan terkena hpv, adakah kemungkinan minyak kelapa dara “work” utk hpv seperti herpes?

Salam. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.

Penggunaan dan keberkesanan minyak kelapa dara untuk merawat dan mencegah virus herpes masih tidak mempunyai kajian yang meluas dalam bidang perubatan. Walaupun begitu, minyak kelapa dara ini semakin mendapat tempat dalam kalangan pengamal perubatan alternatif. Terdapat beberapa kajian kecil yang dibuat yang mengakui bahawa minyak ini mempunyai beberapa bahan semulajadi yang memiliki kemampuan untuk membunuh banyak jenis bakteria dan virus, termasuk herpes.

Selain itu, minyak kelapa dara juga dikatakan boleh menghilangkan sakit dan radang yang berpunca dari jangkitan herpes tersebut. Dengan itu, ia boleh mempercepatkan proses pemulihan dan membantu mengelakkan ketidakselesaan yang dialami oleh pesakit.

Terdapat perbezaan antara jangkitan herpes (HSV) dan jangkitan HPV. HPV adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan ketuat dan kanser pangkal rahim, bergantung kepada jenis HPV yang menjangkiti anda. Ketuat disebabkan oleh jenis 6 dan 11 manakala kanser pangkal rahim pula disebabkan oleh jenis 16 dan 18.

Untuk rawatan bagi kedua-dua penyakit ini, saya sarankan untuk anda mengikuti rawatan yang disediakan oleh hospital atau klinik kerana ianya terbukti lebih berkesan.

Salam sejahtera.

Minyak kepala dara merupakan sejenis rawatan alternatif. Untuk masa sekarang, tiada bukti yang menunjukkan bahawa minyak kepala dara adalah efektif untuk rawatan jangkitan HPV. Minyak kelapa dara dikatakan mempunyai sifat pelembap kulit dan ia juga mungkin mempunyai keupayaan untuk mencegah jangkitan kulat dan bakteria.

Jangkitan herpes simplex virus menyebabkan ruam yang sakit tetapi biasanya ia akan sembuh dengan sendiri dalam masa 2 hingga 4 minggu. Ada kemungkinannya bahawa minyak kelapa dara membantu untuk melegakan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan kulit yang pecah tetapi ia tidak berupaya untuk membunuh virus. Oleh itu, minyak kelapa dara berkemungkinan besar tidak akan mendatangkan kesan yang positif untuk rawataan jangkitan HPV.

Ketuat, atau genital wart, merupakan sejenis ketumbuhan yang disebabkan oleh jangkitan human papilloma virus atau HPV. HPV biasanya merebak melalui hubungan kelamin dan dari ibu ke anak semasa proses kelahiran. Ketuat biasanya tidak mendatangkan bahaya kepada pesakit tetapi jangkitan HPV kronik yang tidak dirawat akan membawa risiko kanser ke bahagian kulit yang dijangkiti.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (102)