
Sulit
4 tahun
Adakah normal jika air mani keluar
saya nak tnye adakah normal selepas ejaculation air mani keluar dari faraj dan adakah ianya tnda kurang subur? sbb ada yg bgtau jika air mani keluar balik dari faraj selepas ejaculation tanda kurang subur… mohon pencerahan dari dr…
terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang air mani wanita.
Untuk pengetahuan anda, air mani wanita boleh terhasil apabila mereka mengalami orgasm dan ia adalah normal. Tiada satu pun kajian menyatakan bahawa air mani selepas ejakulasi adalah tanda kurang subur.
Kesuburan seorang wanita hanya boleh diketahui melalui beberapa ujian makmal dan klinikal. Anda tidak perlu risau kerana ini adalah perkara biasa.
Risau dengan masalah alat sulit anda ? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.