
Sulit
4 tahun
Adakah normal kitaran haid tidak beratur?
Saya wanita berusia 23tahun dan belum berkahwin. Kali pertama saya period adalah ketika berusia 16tahun. Dan, period saya sangat tidak teratur… Untuk yang paling latest, kali terakhir saya period adalah pada bulan February. Dan kini sudah December… Adakah itu normal bagi situasi saya? Dan saya juga kerap mual mual dan muntah. Kebiasaannya saya akan rasa mual apabila saya hampir period. Tetapi tidak kali ini. Apakah yang perlu saya laku kan? Adakah ini normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dibuat dan rawatan dapat diberikan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info tambahan, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!