
Sulit
3 tahun
Adakah onani boleh membuat RAMBUT CEPAT PANJANG
ADAKAH ONANI BOLEH MEMANJANGKAN RAMBUT DENGAN CEPAT?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, onani tidak menyebabkan rambut menjadi cepat panjang. Sebaliknya, kadar hormon lelaki (tetosteron) dalam diri anda boleh jadi meningkat. Tetosteron akan mempengaruhi banyak perkara, seperti perkembangan otot, tubuh badan dan wajah yang menjadi maskulin, dan pertumbuhan bulu-bulu di badan. Hormon tersebut juga sangat mempengaruhi libido / nafsu seksual anda. Jadi anda akan merasa ketagih untuk sering beronani. Oleh itu, menurut saya, pertumbuhan rambut dengan cepat mungkin disebabkan oleh kadar hormon androgen (tetosteron) yang meningkat.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor