
Sulit
4 tahun
Adakah pasangan saya berpotensi untuk hamil sekiranya saya memasukkan zakar di sekitar bahagian bibir faraj pasangan tanpa mengeluarkan air mani ? Dan dia telah lewat 5 hari untuk mengalami haid dari tarikh biasa
Saya telah memasukkan zakar ke bahagian sekitar bibir faraj pasangan tetapi saya tidak melepaskan air mani ke dalamnya, oleh itu pasangan saya sudah lambat 5 hari daripada tarikh biasa dia mengalami haid, perkara ini berlaku pada tarikh 6/1 iaitu 1 hari sebelum sepatutnya pasangan saya haid mengikut jadual haidnya, sehingga ke hari ini pasangan saya tidak mengalami haid, Adakah Pasangan Saya Berpotensi untuk hamil? Dan berapakah risiko peratusan yang mungkin untuk dia hamil? Maaf atas pertanyaan untuk kali kedua, terdapat masalah yang berlaku

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sperma juga boleh terdapat dalam air mazi, jika anda mengeluarkan air mazi sewaktu hubungan seks, ia juga menyebabkan kehamilan. Tetapi selain kehamilan terdapat juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan haid pasangan anda lewat seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.