
Sulit
4 tahun
Adakah pill postinor boleh gugurkan kandungan?
Saya nak tanya. saya mmg tidak mengambil pil perancang. dan perancang keluarga hanya kondom . tiba satu hari suami terlupa untuk memakai kondom kami telah bersama . selepas 2bulan saya tidak datang period … sya cek pregnatcy test tapi negatif . Andaikata pregnatcy test itu xdapat detect lg sya hamil tp sya telah makan postinor adakah kandungan saya akan gugur ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan yang anda nyatakan memiliki levonogestrel yang berfungsi untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan. Ia bukan pil ubat untuk gugurkan kandungan. Dianggarkan bahawa pil ini akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi. Tidak diketahui sama ada ia berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Untuk info tentang perkara ini secara mendalam, anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi