Anonymous
5 tahun
Adakah postinor2 menyebabkan saya lambat haid
Saya wanita yang berumur 16 tahun… Haid saya tamat pada 1 june(haid yang tidak teratur) ,saya telah berhubungan dengan teman lelaki saya pada 8 june tanpa pelindungan… Tetapi teman lelaki saya tidak pancutkan spermanya kedalam miss v kerana setelah memasukan penisnya (tidak dalam) Miss v telah berdarah. Pada 6 june selepas kejadian saya telah mengambil postinor2 untuk langkah berhati2 kerana kami menyesal dan belum bersedia mempunyai anak… Saya mengambil biji pertama pada jam 2 petang dan seterusnya jam 2 pagi… Setelah Seminggu… Saya telah pendarahan selama 5 hari(darah coklat pekat) … Saya merasakan nyeri payudarah dan pening selepas itu semuanya okey tidak ada masalah… Sekarang telah 1 julai… Saya belum mempunyai haid saya tetapi saya telah mempunyai tanda2 seperti nyeri perut… Berjerawat… Dan payudarah sakit… Saya juga telah mengambil test penghamilan pada 4 julai (negetive) tetapi saya belun mempunyai haid saya… Saya sering mempunyai keputihan yang pekat /melekit berwarna kuning… Adakah saya bisa hamil? … Apakah harus saya buat dok… Adakah saya perlu mengambil pil hormone untuk stabilkan haid saya… Adakah keputihan yg banyak menunjukan kehamilan… Adakah hari kami berhubungan adalah hari subur?.. Saya amat risau dok… Kerana sya belum mempunyai haid saya… Adakah effect dri obat menyebabkan haid saya lewat:pensive:
tolong saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Gejala-gejala yang and hadapi boleh disebabkan oleh kesan sampingan pengambilan pil postinor, atau disebabkan oleh perkara lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
























