
Sulit
4 tahun
Adakah relevan dan sesuai untuk periksa pregnancy urine test selepas 2 minggu melakukan persetubuahn?
adakah relevan dan sesuai untuk periksa pregnancy urine test selepas 2 minggu melakukan persetubuahn?

4 tahun
Terima kasih atas soalan berikut
Sekiranya anda ingin membuat ujian UPT, anda boleh membuatnya selepas 1-2 minggu melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan. Sekiranya pada minggu kedua selepas persetubuhan ujiannya masih negatif, kemungkinan kehamilan pada waktu adalah rendah.
Namun UPT yang terdapat di pasaran mempunyai sensitiviti yang berlainan. Ada yang dapat mendeteksi kehamilan yang masih awal, ada juga yang memerlukan hormon yang lebih tinggi untuk menjadi positive. Terdapat pelbagai sebab yang memberikan anda negatif upt, iaitu :
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan.
Sekiranya kesemua keadaan di atas tidak berlaku, ini bermakna anda mungkin mengalami masalah haid tidak teratur yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon akibat stress dan faktor-faktor lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih