
Sulit
5 tahun
Adakah risiko hamil itu tinggi
saya ambil perancang injection sptutny 12/1 sy injection kmbali tpi sy trlupa dah dh lewat sehingga 23/1 apa sya perlu buat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sebetulnya suntikan depo akan berada dalam badan anda selama 15 minggu setelah anda disuntik. Biasanya, anda akan mendapatkan suntikan seterusnya pada 3 bulan (12 minggu) setelah disuntik. Ini bermaksud, walaupun anda terlambat 11 hari, ia tidak terlalu memberi efek terhadap kadar hormon dalam tubuh anda. Justeru, boleh dikatakan efek protektif Depo mencegah kehamilan masih ada dalam tubuh anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.