
Sulit
4 tahun
Adakah saya akan dijangkiti oleh penyakit HIV atau tidak
Hi doc, saya pernah melakukan hubungan sejenis dah hampir melakukan anal seks tanpa perlindungan tetapi saya hanya memasukkan sebahagian zakar saya kedalam dubur dan mengeluarkan balik atas dasar kerisauan. Namun saya mengeluarkan air mani pada bahagian atas perut pasangan say saya. Adakakah saya akan dijangkiti hiv?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, HIV merupakan virus yang boleh tersebar ia adalah penyakit berjangkit. Virus ini boleh tersebar dan merebak melalui cecair badan. Cecair badan termasuklah seperti darah, air mani, cecair faraj dan susu ibu. Ketika hubungan skes melalui dubur, virus ini boleh menjangkiti anda sekiranya anda mempunyai luka pada bahagian dubur anda atau semudah melekat pada sel di dubur anda. Ia juga boleh merebak melalui hubungan seks bebas tanpa perlindungan seperti tanpa menggunakan kondom bersama dengan individu yang telah dijangkiti, perkongsian jarum samada sesama penagih dadah atau semasa pesakit menerima rawatan suntikan, semasa proses pendermaan darah atau pendermaan organ yang tercemar dengan virus HIV, dan ketika ibu yang dijangkiti sedang melahirkan anak atau ketika menyusu.
Anda akan berisiko tinggi untuk jangkitan HIV sekiranya anda melakukan seks bebas tanpa perlindungan kerana status HIV pasangan anda mungkin tidak diketahui. Oleh itu, anda boleh menjalani ujian rapid HIV atau ujian darah HIV di klinik berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.