
Ayden
6 tahun
Adakah saya bebas HIV?
Sy telah melakukn ujian saringan pda 1/6/17 resultnya negatif jdi sy ulg lgi skli ujian pda 8/11/2017 resultnya negatif jgk adakah sy bebas hiv?

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami.
Ujian darah untuk diagnosis HIV selalunya menggunakan tahap antibodi HIV dalam badan pesakit. Masa yang diperlukan untuk pengenalpastian antibodi HIV berbeza dengan penggunaan kit-kit ujian yang berbeza. Biasanya, kewujudan antibody HIV boleh dikenalpasti 3 minggu hingga 3 bulan selepas pendedahan. Tempoh masa ini dikenali sebagai “window period”.
Sila rujuk pada doktor anda untuk mengetahui “window period” bagi kit ujian yang telah digunakan untuk kes anda. Sekiranya keputusan ujian darah anda adalah negatif 3 bulan selepas pendedahan terkini, anda digalakkan mendapatkan ujian darah sekali lagi dalam masa 3 bulan untuk pengenalpastian.
Sekiranya anda terdedah terhadap HIV kebelakangan ini, anda digalakkan merujuk pada doktor anda untuk mendapatkan post-exposure prophylaxis (PEP). Terapi ini bermaksud mengambil ubat HIV (ART) 72 jam selepas pendedahan supaya risiko jangkitan dapat dikurangkan.