
Sulit
4 tahun
Adakah saya bergejala covid19?
salam sejatera,saya mempunyai masalah kepala melayang dan berdenyut tetapi tidak pening sudah seminggu.2 hari ini tekak saya mula rasa loya dan kalau nak telan tu rasa macam ada yang menghalang.kadar pernafasan saya tidak pasti tapi bila saya jogging ok saja.dada saya kadang rasa sakit sedikit.adakah sebab tonsil pada kedua-dua tekak saya atau sebab pil antibiotik yang saya ambil seminggu yang lepas kerana bisul?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Umum mengetahui bahawa saat ini seluruh dunia dilanda wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Sebagai makluman awal, gejala yang dialami oleh seseorang individu ke individu yang lain adalah berbeza. Tiada corak tetap yang boleh menunjukkan bahawa gejala yang dialami pasti disebabkan oleh COVID-19. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lebih lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Walaubagaimanapun, sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan covid atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala sama seperti yang tertera dengan hanya menilai simptom sahaja. Oleh itu, penilaian risiko hendaklah dilakukan bagi membantu pakar perubatan membuat keputusan.
Mengenai tonsil pada tekak dan ubat antibiotik yang anda nyatakan, kami memerlukan maklumat lebih jelas daripada anda sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Justeru, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengurangkan kesesakan di hospital serta mengelakkan anda untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang kukuh.
Buat masa sekarang, saya amat menyarankan supaya anda melakukan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Sila menghubungi klinik atau hospital yang terdekat sekiranya terdapat gejala seperti yang berikut:
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik link ( Screening COVID ). Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini